Program “KasihNya” ini membantu secara terus kepada individu dan keluarga yang memerlukan dan meringankan beban penderitaan yang ditanggung tanpa mengira agama dan kaum.
Di samping itu, pihak Momentum Internet Sdn.Bhd melalui pengasasnya Tn. Najib Asaddok dan Pn. Nuruliyzah Rahiman selaku Pengarah syarikat juga bekerjasama rapat dengan badan kebajikan lain untuk memastikan program-program kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih lancar dari semasa ke semasa
Syukur bila dapat tengok senyuman mereka. Alhamdulillah kami dapat berkongsi rezeki pada bulan Ramadhan. Terima kasih kepadsa pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom yang sudi menerima kunjungan kami pada jam 2.30 pagi. Semoga kita semua mendapat kerbekatan dan kegembiraan dalam bulan yang mulia ini.
Alhamdulillah, team Momentum berpeluang untuk menderma darah di Jabatan Patologi dan Tabung Darah Hospital Kluang. Dalam darah kita, ada darah orang lain. Ramai orang diluar sana memerlukan bantuan kita. Jom derma darah.
Alhamdulillah, Tn. Najib & team Momentum berpeluang untuk turun padang dan memberi sumbangan kepada frontliners di Pejabat Kesihatan Daerah, Kluang & HBEHK. Kami dapat mengenal lebih dekat cara kerja jabatan Juruteknologi Makmal Perubatan yang kebanyakan orang tak pandang dan faham. Mereka ini yang memeriksa sample ujian covid-19, kami sangat kagum. Sebanyak 550 sumbangan makan McDonald’s diberi dan penghargaan khas untuk mereka. Sama-sama berkongsi rezeki bersama mereka.
Alhamdulillah, Tn. Najib, Pn. Iyzah & team Momentum dapat berikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Cov-19). Walaupun perjalanan mengambil masa 2 jam dan agak mencabar dengan jalan berbatu dan , kami berjaya memasuki kawasan tersebut.
Alhamdulillah, Tn. Najib & team Momentum dapat berikan 1,000 sumbangan kepada penduduk yang terkesan akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan Cov-19). Program ini dijalankan bersama-sama Gagasan (G13 Kluang) yang diketuai oleh Tok Johani. Hampir 40 buah keluarga menerima sumbangan melalui pandu lalu sahaja. Selebihnya diuruskan oleh Ketua Kampung.
Terima kasih pihak KKM yang membantu menjaga kami, sewaktu kami dijangkiti covid-19. Alhamdulillah dapat beri sedikit bantuan dan kelengkapan PPE untuk frontliners di Cac, Kluang. Semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan mereka.
© 2022 Momentum Internet Sdn. Bhd. (1079998-A). All rights reserved. Jasa PBN Jasa Backlink Terbaik
© 2022 Momentum Internet Sdn. Bhd. (1079998-A).
All rights reserved.