- Main |
- Return & Refund Policy
RETURN & REFUND POLICY
Momentum Internet mematuhi dasar bayaran balik yang boleh dipercayai untuk membolehkan pelanggan kami berasa istimewa tentang pergaulan mereka bersama kami. Apa yang kami minta adalah anda berjanji untuk membuka minda, menghadiri acara atau mengambil bahagian dalam bimbingan. Jika anda hanya komited untuk melakukan itu, ANDA AKAN LIHAT HASILNYA. Jadi, buat keputusan yang tepat untuk menentukan siapa anda dan apa yang anda mampu. Momentum Internet percaya anda boleh berjaya, tetapi yang penting ANDA tahu anda boleh berjaya dan komited dan LAKUKANNYA! Sila baca garis panduan yang mengawal dasar bayaran balik bagi setiap pembelian :
Merchandise
-
Hantarkan emel dan maklumat anda seperti nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan pelanggan beserta gambar item yang rosak kepada emel aduan@momentuminternet.com dengan kadar segera selepas penerimaan parcel.
-
Penggantian item mesti dimaklumkan dalam tempoh 3 hari setelah pelanggan menerima item yang rosak / tersalah item.
-
Tiada pengembalian wang, hanya penukaran item yang akan dilakukan. Item yang hendak dipulangkan mestilah di dalam kondisi asal.
-
Pelanggan hanya dapat meminta pertukaran dengan item yang hanya tersedia ada dengan nilai yang sama atau lebih rendah (jumlah baki tidak dipulangkan). Pelanggan boleh menukar dengan item yang lebih tinggi nilainya tetapi perlu menambah sejumlah wang.
-
Pelanggan perlu menghantar gambar item yang rosak. Setelah pihak kami menerima item tersebut, pemeriksaan akan dilakukan.
-
Penggantian item hanya dilaksanakan selepas menerima item yang rosak daripada pihak pelanggan.
Tiket Program
-
Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke program pada tarikh yang telah ditetapkan:-
a) Sila maklumkan kepada kami secara bertulis dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh program.
-
Pelanggan boleh hantarkan maklumat secara terperinci seperti (Nama, No Kad Pengenalan, Nama Program dan Bukti Pembayaran ke alamat emel aduan@momentuminternet.com
-
Pihak Momentum Internet akan mengambil masa 7 hari untuk membuat semakan dan pengesahan dan kami menghubungi semula pihak Tuan/Puan.