Ultimate Achievement Story


Ramai orang ada impian untuk ada bisnes sendiri tapi tak ramai orang sanggup mengambil risiko untuk realisasikan impian mereka. Kadang-kadang kita gagal bukan sebab tak pandai tapi sebab rasa dah tahu semua benda dan tak perlu bimbingan guru. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Sifu dan Team Momentum, jualan yang pada mulanya sendu mula meningkat setiap bulan daripada stor kecil sekarang dah ada 2 kilang sendiri. Di Ultimate, kami tak bercakap tentang marketing, Facebook Ads dan content di media sosial tapi lebih kepada BUILDING THE BRAND.


Kalau bukan kerana suami saya paksa masuk kelas Tn.Najib Asaddok, mana mungkin saya mampu capai sales berjuta-juta. Selama ini dah banyak sangat langgar tembok. Strugglenya dulu bila orang tak kenal Miragold dan rasa susah nak dapatkan modal balik. Jom mulakan first step journey dalam bisnes anda dengan join program Roket Pemasaran Momentum (RPM). Saya nak bantu lebih ramai usahawan bangsa saya dekat luar sana.Saya dan team Momentum sedia nak mengajar anda.


Hanya ada secawan beras untuk sara anak, buat saya bangkit. Pernah rasa sampai nak bunuh diri, dek kerana masalah datang bertubi-tubi, seolah olah tak ada harapan untuk teruskan hidup. Mula berbisnes tanpa modal jadi ejen produk bengkung Sara Anna selama beberapa tahun. Jualan tak naik, terus saya ambil keputusan masuk kelas RPM sehingga ke Ultimate. Saya teruskan upgrade ilmu dan tak berhenti berusaha. Buat jer, inshallah result menanti depan mata.


Saya nak menjadi contoh untuk adik-adik saya supaya kami boleh ubah hidup ini antara tekad saya. Mula berniaga dengan jual kasut di pasar malam,banyak cabaran yang hadapi. Start follow Tn. Najib Asaddok dari 2016 lagi, selalu join seminar-seminar kecil. Alhamdulillah, selepas join membership saya dapat peningkatan sales yg sangat mendadak. Kalau dulu saya putus asa tak mungkin akan berada di tahap sekarang. Saya juga sedar yang saya perlukan ilmu dan juga guru yang boleh mengajar dan tunjukkan jalan yang betul supaya tak lakukan kesilapan yang sama berulang kali.