fbpx

OVERVIEW

01
ABOUT COMPANY

Get Know About When We Start

Momentum Internet Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang perniagaan perundingan pemasaran digital. Ia telah ditubuhkan pada 07 Februari 2014 dan di asaskan oleh Mohd Najib Bin Asaddok selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Dengan pengalaman beliau dalam pemasaran dalam talian lebih 10tahun, perniagaan ini diwujudkan atas dasar perjuangan Najib Asaddok untuk bimbing ramai peniaga di Malaysia untuk gunakan pemasaran dalam talian sebagai satu cara untuk tarik ribuan pelanggan. Momentum Internet juga melahirkan lebih 10 orang pelatih dalam bidang ini untuk sokong perjuangan ini dan bantu ramai peniaga di Malaysia.
02
PROGRAMME & COLLABORATION

What We Do?

Perniagaan yang dijalankan Momentum Internet sejak 2014 adalah perniagaan yang berasaskan latihan dan perunding pemasaran digital kepada peniaga. Keutamaan kami adalah membantu  peniaga menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online). Dengan penggabungan di antara teknologi dan sentuhan emosi, ia mampu melonjak naik hasil jualan sesuatu perniagaan ke tahap yang memberangsangkan.


Kami juga pernah berkolaborasi dengan beberapa syarikat korporat dan badan kerajaan untuk bantu ramai peniaga gunakan pemasaran dalam talian. Antara kolaborasi yang pernah kami lakukan bersama adalah Unifi by Telekom Malaysia, INSKEN, SME Corp, SenangPay, Maxis Business, Omnia USB by Media Prima Omnia dan Bengkel Online E-Keusahawanan Johor (Boek) by Kerajaan Negeri Johor. Beliau juga pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa universiti dan institusi pendidikan tinggi seperti MRSM, UPSI, UTM, KUIS, Kolej Komuniti dan banyak lagi.

03
ABOUT TEAM

Our Team

Bermula daripada tahun 2014, Najib Asaddok dah bantu lebih daripada 85,000 peniaga dari dalam negara mahupun luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei di dalam program yang disediakan. Momentum Internet juga mempunyai lebih 10 pelatih yang berkebolehan mengajar dalam pelbagai bidang seperti Teknikal Media Sosial, Copywriting, Strategi Sales, Branding, Grafik, Teknikal Website dan Pembangunan Sistem.


Terdapat 3 pengurusan peringkat pertengahan iaitu CEO, CMO dan COO di dalam Momentum Internet diwujudkan bagi memastikan kami memenuhi kehendak pelanggan. Di setiap peringkat mempunyai jabatan dan unit tersendiri. Antaranya termasuklah People & Culture, Account & Finance, Marketing, Sales, Operation, Project Management, Advertising, Creative dan Technology Marketing.

04
CERTIFIED BY

Our Certificates

Telah diperakui Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 Momentum Internet Sdn Bhd komited untuk menyediakan dan memberikan Program Latihan dan Perundingan Pemasaran Digital yang berkualiti dalam membantu usahawan dan perniagaan menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online) bagi meningkat hasil jualan yang cemerlang dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan melalui penambahbaikan secara berterusan.


Momentum Internet juga telah berdaftar dengan Human Resource Development Fund (HRDF) bagi memudahkan syarikat perniagaan di Malaysia dapatkan latihan daripada  Momentum Internet untuk kuasai teknik pemasaran dalam talian.