Director - Momentum Internet Sdn Bhd
DIRECTOR
ABOUT DIRECTOR

Get To Know Our Director

Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Momentum Internet Sdn. Bhd. adalah Nuruliyzah Binti Rahimah. Beliau juga merupakan seorang isteri merangkap tulang belakang kepada pengasas Momentum Internet. Beliau  mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labis, Johor dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim, Labis, Johor. 

Seterusnya, beliau meneruskan persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor. Kemudian menyambung pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda (Teknologi Kimia) dan seterusnya ke Maktab Perguruan Temenggung Abu Bakar.

Dalam bidang kerjayanya, Puan Iyzah juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Kimia di Syarikat Akzo Nobel. Setelah beberapa tahun kemudian, beliau dilantik sebagai guru dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, Labis, Johor. Sepanjang menjadi guru, beliau juga pernah menabur bakti  Sekolah Kebangsaan Kahang Timur, Kluang. Johor.

Pada tahun 2016, beliau memilih untuk menamatkan karier dalam bidang perguruan dan kini memberikan tumpuan penuh membantu suami dan menguruskan perniagaan Momentum Internet. Di waktu lapang, Pn. Iyzah  meluangkan masa dengan hobinya membaca buku. Kali pertama, beliau menjinakkan diri dalam bidang penulisan diblog suatu ketika dahulu. Kini, Pn Iyzah aktif berkongsi ilmu dan resepi masakan secara ‘Live Streaming’ di Facebook Najib Asaddok.

Program & Publication

Shows On Media Social

Buku Tuan Ceo Puan Direktor

Naskhah sulung Puan Iyzah bakal dilancarkan tidak lama lagi. Nantikannya ! Tawaran istimewa buat follower tercinta Puan Iyzah.

SMM

Sarapan Minda Momentum

Sarapan Minda Momentum disiarkan secara langsung di Facebook Najib Asaddok pada setiap hari. Perkongsian tips kehidupan dan perniagaan.

Love Life

Love life membicarakan tentang kisah pengalaman serta tips rumah tangga Tn.Najib Asaddok & Pn Iyzah Rahiman