Founder - Momentum Internet Sdn Bhd

Founder

ABOUT FOUNDER

Get To Know Our Founder

Najib Asaddok merupakan pengasas kepada syarikat Momentum Internet Sdn Bhd yang fokus membantu dan membimbing usahawan dan Bisnes Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang Pemasaran Digital. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang keusahawan, pemasaran dan jualan sejak tahun 2005.

Beliau telah melatih lebih ratusan ribu usahawan dan PKS dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dalam bidang Pemasaran Digital dan menjadi rujukan kepada usahawan yang melebarkan sayap melalui pemasaran digital. Melalui kepakaran, kemahiran dan ilmu beliau, ramai usahawan berjaya mencapai jualan ribuan ringgit ke jutaan ringgit setiap tahun dengan Formula Online Rocket Marketing dan juga melalui Momentum Roket Platform.

Dengan kepakarannya, beliau dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis, SME Corp, OMNIA USB, INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.

Selain itu, beliau pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja untuk berkongsi kepakaran beliau. 

Kepakaran beliau juga telah mendapat pengiktirafan diperingkat Malaysia dan juga antarabangsa. Beliau jugA telah banyak membantu peniaga melalui siri latihan online di Facebook, Youtube & siri emel kepada ramai usahawan. Beliau sangat percaya, hidup manusia boleh berubah jika ada ILMU, kesungguhan & sifat berserah kepada Allah SWT. Tugas kita sebagai manusia hanya BUAT JER & konsisten capai kejayaan.

RECOGNITION
Awards
PRODUCT

Publication Book

Tuan Najib Asaddok merupakan seorang Master Trainer, Perunding Pemasaran Digital merangkap seorang Penulis. Beliau juga telah berkecimpung dalam bidang penulisan buku sejak tahun 2015. Antara hasil karya beliau  :-  

STORY FOUNDER

Life Journey & Achievement

2022
Dubai Marketing 2.0 Outstanding Leadership Awards

 

  • Beliau telah menerima anugerah Marketing 2.0 Outstanding Leadership Awards daripada Marketing 2.0 Conference Dubai di Dubai Emiriah Arab Bersatu (UAE)
2021
Ikon OMJ 2021

 

  • Beliau menerima anugerah Ikon Keusahawanan Anugerah Orang Muda Johor 2021 yang disampaikan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
2021 - Kini
Doctor of Business Administration
  • Beliau masih dalam pembelajaran
    Doctorate in Business Administration (MBA) di
    Open Universiti Malaysia (OUM).
2020
Brands Laurate Awards 2020
  • Beliau memperolehi Anugerah BrandLaureate BestBrands e-Branding Awards 2020 for Momentum Internet in service - Digital Marketing Solutions.
2018
Majlis Anugerah Bangsawan Titanum

 

  • Beliau memperolehi Anugerah Titanium Special Recognition 2018 dari Richworks Sdn. Bhd.
2019
Anugerah dari Mentor Datuk Wira

 

Beliau memperolehi beberapa award pada Gala Night 2018 - Titanium Award

  • Most Excellence Business Personality Award 2017
  • Marketer of The Year Award 2017
  • Penghargaan Sempena 100 Most Influential Young  Entrepreneur Award
2019
Master of Business Administration
  • Beliau dengan jayanya menamatkan Master of Administration (MBA) di FTMS Collage yang berkolaborasi dengan Anglia Ruskin Universiti, United Kingdom
2018
Anugerah dari Nona (TV3) by Media Prima

 

  • Memperoleh Anugerah Nona Best Social Media Trainer Award 2018 dalam Anugerah Nona Superwoman 2018
2017
Penganugerahan Pertama

 

  • Beliau memperolehi Anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2017 dari Entrepreneur Insight
2016
Berkarya Dalam Penulisan
  • Beliau seorang yang rajin membuat penyelidikan dalam perniagaan dan telah menerbitkan buku pertama beliau iaitu Momentum Bisnes Edisi Pertama.
2015
Berguru Dalam Perniagaan
  • Mula menyertai Titanium Partners dan Program Platinum di bawah Mentor Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Richworks International Sdn. Bhd.
2014 - Kini
Mengasaskan Momentum Internet Sdn Bhd
  • Nama asalnya adalah Momentum Perniagaan Internet. Pada awal penubuhannya, syarikat ini bertapak di Segamat, Johor dan kemudian berpindah ke Kluang, Johor.
2001 - 2004
Mengasas MNI Marketing & Services
  • Menjalankan Perniagaan Trading, Internet Marketing dan Training.
2011 - 2014
Pendidikan Universiti
  • Beliau menyambung lagi pelajarannya ke Universiti Teknologi Malaysia, Johor (Fakulti Elektrik)
1996 - 1999
Pendidikan Menengah Atas
  • Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Seri Kukup, Pontian, Johor dan menyambung pelajarannya di Maktab Rendah Sains Mara (Muar), Johor.
1990 - 1995
Awal Persekolahan
  • Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Benut, Pontian, Johor
1983
Kelahiran Najib Asaddok
  • Beliau di lahirkan pada 6 April 1983 di Benut, Pontian, Johor. Di besarkan oleh Bonda tercinta bersama-sama 6 orang adik beradik.